Assalamualaikum dan hai semua! Hari ini sis nak kongsi resepi makanan korea. Sis tak pernah rasa pun Gochujang stew dekat restoran Korea tapi disebabkan sis tak tau nak buat apa dengan sos gochujangni, (haritu beli online sebab nak makan degan bibimbap huhu) sis tergerak nak buat sebab dekat drama komedi “Potato star”, ada orang tu nak buat gochujang stew so sis pun apa lagi cari resepi gochujang stew.
Sis tak makan pedas so kalau nak pedas korang letaklah cili ye.
Read | Bibimbap (비빔밥) For Dinner
Disclaimer:
Sis tak invent resepi ni ye sis cuma share dan olah sikit
ikut cita rasa sis haha.
Preparation time: 10mins. 30mins for cooking.
Bahan penting:
- 1 ½ tbsp sesame oil. (kalau tak suka sesame oil pakai minyak
biasa je)
- 1 tbsp kicap.
- 2 tbsp gochujang sauce.
- Garam untuk rasa.
Bahan-bahan (isi):
- Daging atau ayam (tak pernah cuba dengan ayam lagi) sis buat
satu cup je.Sis dah rebus daging dulu.
- 2 ulas bawang putih
dan ½ ulas bawang merah besar.
- Timun atau zucchini. (sis takde zucchini lol)
- 1 biji kentang (kalau nak cepat rebus kentang terlebih
dahulu)
- Setengah plastic mushroom eniki
- 2 batang fish cake
Gochujang dari O’Food yang sis beli dari Shopee. Halal tau.
Kentang dan fishcake
Cendawan enoki & minyak bijan
Sis guna pan Love cooking 28cm dari Mr diy.
Read | You will be glad to know that one of the most famous dim sum restaurants from Ipoh has finally landed on the island!
Cara-cara:
1. Panaskan minyak bijan dalam kuali.
|
2. Masukkan daging lembu dan tumis, selepas itu masukkan fish cake.
Gaul.
|
3. Masukkan gochujang paste dan gaul bersama daging dan fishcake
|
4. Masukkan 3 cawan air dan biar simmer.
|
5. Masukkan kentang, bawang merah dan timun. Jangan lupa garam sikit.
Gaul
|
6. Masukkan bawang putih. Sis parut guna benda ni.
|
7. Masukkan mushroom enoki
|
8. Last sekali masukkan kicap. Gaul sikit pastu dah boleh hidang.
|
nampak sedaaap ������
ReplyDelete